Pelbagai masalah serta penyakit boleh diubati (dengan izin Allah). Secara ringkas, CD ini boleh membantu untuk mengubati masalah yang lazim berlaku dalam kalangan masyarakat Malaysia iaitu :
Masalah Lazim 1 : Gangguan Jin. Penerangan : Jin yang telah berkenan atau hanya ingin membuat kacau lalu masuk ke dalam diri seseorang. Lazimnya terjadi kepada sesiapa yang lemah semangat dan tidak mempunyai pendinding diri.
Simptom yang mungkin berlaku :
Histeria.
Merasuk (tidak sedarkan diri) semasa di hutan atau di tempat-tempat tertentu.
Rasa rendah diri, murung, tiada keyakinan
Ketakutan, trauma
Tidak dapat menumpukan pada kerja yang dilakukan.
Diganggu semasa beribadah.
Terdengar bisikan.
Masalah Lazim 2 : Sihir. Penerangan : Berbeza dengan gangguan jin, Sihir adalah jin atau ilmu yang dilakukan oleh Tukang Sihir untuk merasuk atau masuk ke dalam diri seseorang atau rumahtangga. Biasanya ia berpunca dari sifat hasad dengki, membalas dendam dan sebagainya.
sihirSimptom yang mungkin berlaku :
Lebam pada badan.
Kesan gigitan pada badan.
Tidak boleh bangun untuk bekerja dan melakukan aktiviti harian.
Rasa rendah diri dan tiada keyakinan diri.
Premis perniagaan tiba-tiba tidak mendapat pelanggan.
Ternampak bayangan objek di dalam rumah.
Diganggu semasa beribadah.
Hubungan didalam keluarga menjadi dingin dan hambar.
Terkena pelbagai penyakit kronik seperti kanser dan lain-lain.
Masalah Lazim 3 : Saka. Penerangan : Warisan atau tinggalan keturunan daripada anggota keluarga terdahulu yang meninggal dunia ataupun sudah diberitahu awal untuk ia (Jin) pergi kepada seseorang setelah tuannya meninggal dunia. Juga boleh terjadi apabila seseorang telah disihir atau terkena gangguan jin lalu meninggal dunia, maka jin tersebut berpindah kepada anak atau cucu mangsa pula (keturunan.)
Simptom yang mungkin berlaku :saka
Simptom-simptom yang mungkin berlaku:
Mimpi ular, harimau, buaya dan lain-lain.
Histeria.
Teringat akan sesorang yang sudah meninggal dunia.
Ketakutan.
Terdengar bisikan arahan untuk membuat sesuatu.
dan pelbagai masalah lain seumpamanya.
Selain itu, set Perubatan Islam ini juga terbukti ( dengan izin Allah Ta'ala) dapat menyembuhkan dan mencegah penyakit lain seperti:
Santau
Susuk
Pukau
Anak-anak yang degil dan tidak mendengar arahan
Perniagaan/premis yang disihir.
Perbalahan suami-isteri
Pendarahan yang berterusan ( istihadhah)
Anak-anak menangis diwaktu malam
dan segala masalah kejiwaan dan konflik rohani serta fizikal...
TERAPI MUKMIN
Thursday, March 8, 2012
Apakah kandungan CD ini?
Terapi Mukmin adalah satu istilah kepada wirid-wirid (bacaan) terdapat di dalam Al-Quran dan Hadith yang dibaca bertujuan memulihkan serta melindung daripada gangguan makhluk halus. Ayat-ayat ini juga telah diamalkan oleh Rasulullah s.a.w semasa hayat Baginda. Kini, para ulama telah menetapkan beberapa ayat ini di dalam Al-Quran yang boleh menjadi pendinding diri dan penawar segala penyakit kerohanian. Amalan ini telah disusun oleh Imam Nawawi (Hizib Nawawi) 2. Imam Abdul Rahman (wirdullatif) 3. Imam Alhaddad ( ratib haddad). Amalan ini amatlah penting di amalkan bagi mereka yang tidak mempunyai amalan yang khusus diterima dari guru-guru mursyid. Cukuplah amalan ini dijadikan sebagai benteng yang ampuh dan perisai serta jalan yang lurus untuk mendekatkan diri kepada allah dan mengatasi segala masalah dalam kehidupan.
Subscribe to:
Posts (Atom)